5 Perkara Menarik Tentang iPad Mini 6 2021

Ipad Mini 6 telah dirasmikan oleh Apple pada 24 Semptember lalu. Ipad Mini merupakan salah satu tablet yang tidak dilancarkan pada setiap tahun oleh Apple. Setelah penantian selama 2 tahun 6 bulan, iPad Mini akhirnya menerima naik taraf yang drastik dari segi reka bentuk dan spesifikasi.

Ini dia 5 perkara yang menarik tentang iPad Mini 6 yang mungkin menambat hati anda:

1. Reka Bentuk

Antara naik taraf terbesar iPad Mini terletak pada reka bentuknya yang sama seperti abangnya iaitu iPad Pro dan iPad Air 4. Rekaan sisi rata dan bingkai nipis ini menjadikan iPad Mini dilihat lebih premium dan terkini. Hadir dengan skrin yang bingkainya lebih nipis, ia menjadikan iPad Mini sebuah tablet yang kompak dengan skrin yang lebih luas.

2. Prestasi

Tidak dinafikan bahawa cip pemprosesan genersi baru oleh Apple, A15 Bionic ini amat berkuasa dan sama digunakan pada iPhone 13. Kalau nak guna iPad mini untuk tujuan suntingan, permainan dan pembelajaran dalam talian memang tidak menjadi masalah. Dengan sambungan 5G, produktiviti anda pasti akan meningkat (bukan di Malaysia lagi).

3. Kamera

Satu lagi naik taraf yang menarik pada iPad Mini adalah pada bahagian kamera swafoto. Kameranya dilengkapi dengan 12MP ultra-lebar yang membolehkan fungsi centre stage sama seperti iPad Pro. Selain itu, kamera belakang turut disertakan ‘Quad LED flash’ pada bahagian belakang kamera (akhirnya flash untuk iPad Mini!). Hadir dengan 12MP, kamera belakang mampu merakam sehingga 4K pada 60fps! Dahsyat tu…

4. Sambungan USB-C

Apple akhirnya menyisihkan sambungan lightning pada iPad Mini. Dengan adanya USB-C, iPad Mini dapat dihubungkan bersama aksesori lain seperti kamera, monitor dll dengan lebih mudah untuk menjalankan tugas harian. Hidup Type-C!

5. Touch ID

Touch ID pada iPad Mini 6 ini terletak pada butang kuasa. Ini dapat mengecilkan bingkai yang menempatkan Touch ID pada butang ‘Home’ di iPad Mini generasi lalu. Rekaan Touch ID pada butang kuasa ini paling kecil yang pernah Apple cipta yang boleh digunakan untuk nyahkunci, pembayaran dan lain-lain. Salah satu kekurangannya adalah ketiadaan fungsi Face ID walaupun mempunyai bezel yang lebih kecil. Jika anda inginkan Face ID juga, anda perlu berbelanja lebih untuk dapatkan iPad Pro.

Berbaloi Atau Tidak?

Nampaknya anda telah habis baca sampai sini dan menunjukkan minat anda terhadap iPad Mini ini. Sebelum menjawab persoalan berbaloi atau sebaliknya, mari kita lihat harga rasmi bagi iPad Mini 6:

WiFi

  • 64GB – RM2,299
  • 256GB – RM2,949

WiFi + Selular

  • 64GB – RM2,949
  • 256GB – RM3,599

Berbalik kepada persoalannya, adakah iPad Mini 6 ini berbaloi untuk dimiliki? Atau lebih baik membeli iPad Air 4 yang harganya tidak jauh beza? Jawapannya berbalik kepada penggunaan anda. Jika anda memerlukan sebuah tablet saiz kompak dengan prestasi yang padu untuk kerja-kerja berat dan harian – iPad Mini 6 adalah jawapannya. Namun, jika anda perlukan skrin lebih besar untuk kerja multitask dan menyalin nota dengan selesa, belilah iPad Air 4.

Lihat perbandingan iPad Mini 6 dengan iPad Air 4 di sini.

Pautan pembelian iPad di Shopee dan Lazada:

iPad Mini 6 – [Apple Store Malaysia]

iPad Air 4 – [Apple Store Malaysia]

Apa korang rasa?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Sumber :Apple

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan