Acer Malaysia Sedia Bantu Membaiki Komputer Kepada Semua Mangsa Banjir

Acer Malaysia pada hari ini telah mengeluarkan kenyataan di Facebook berkenaan bantuan perkhidmatan baikpulih desktop dan laptop kepada semua mangsa banjir yang terkesan untuk semua pengguna Acer termasuk pengguna luar.

Kenyataan Acer Malaysia di Facebook

Melalui kenyataan Acer di Facebook, pengguna Acer dapat menerima perkhidmatan baikpulih secara percuma terhadap produk Acer yang rosak akibat banjir. Peranti yang masih ada dan telah habis jaminan turut layak untuk menerima perkidmatan ini.

Untuk pengguna bukan Acer pula, Acer masih menerima peranti untuk pembaikan namun tertakluk kepada cas yang ditetapkan.

Acer turut menambah jika peranti tersebut tidak dapat dibaiki kerana rosak, Acer akan menawarkan diskaun sebanyak 20% bagi pembelian desktop/laptop dari Acer Malaysia’s official e-store. Tawaran ini sah sehingga 31 Mac 2022.

Tawaran ini tertakluk kepada terma dan syarat dari Acer. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Acer Malaysia di talian 1-800-88-1918 atau emel kepada ama.acercare@acer.com untuk maklumat lanjut.

Terima kasih Acer!

Apa korang rasa?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan