Apple Beri Sumbangan Kepada Mangsa Bencana di Malaysia dan Filipina

Beberapa hari lepas, negeri-negeri di Malaysia dilanda banjir besar akibat daripada hujan lebat yang berlarutan sehingga ke hari ini. Bah yang dahsyat melanda kali ini telah menyebabkan banyak kerosakan harta benda dan meragut nyawa. Banyak bantuan diberikan oleh rakyat Malaysia termasuk NGO dan sukarelawan yang cepat bertindak dalam menyumbang keperluan asas kepada mangsa banjir.

Dalam pada itu, Tim Cook melalui satu twit menyatakan bahawa Apple bakal menyumbang bantuan, pemulihan dan usaha pembinaan semula dalam jangka masa panjang kepada Malaysia dan Filipina yang terkesan akibat Taufan Rai.

Sama-sama kita doakan agar mangsa yang terkesan ini berada dalam keadaan yang selamat. Terima kasih buat rakyat Malaysia yang tidak berhenti menghulurkan bantuan baik dari segi harta benda mahupun moral kepada mereka yang berada dalam kesusahan.

Apa korang rasa?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan