Kabel iPhone Rosak Lagi? Cuba Beli Jenama Ini…

Kebiasaanya, kabel iPhone tulen yang kita pakai dari kotak semasa pembelian iPhone ini mudah rosak dan tercabut. Pengalaman saya sendiri, tak sampai setahun pun memakainya boleh terkoyak lagi-lagi pada bahagian hujung kabel. Walaupun menggunakan dengan cermat, masalah ini masih boleh berlaku.

Ingin beli yang baru dari Apple Store tapi dengan harganya yang mahal seolah-olah tidak berbaloi dengan kualitinya. Tapi jangan risau, sekarang sudah ada banyak jenama pihak ketiga yang menjual kabel dan palam pengecas yang diiktiraf oleh Apple.

Untuk itu, artikel ini akan membincangkan beberapa tips memilih jenama kabel dan palam pengecas iPhone yang berkualiti serta senarai jenama kabel yang boleh anda beli berdasarkan pengalaman dari kami sendiri.

Pengecas dan kabel iPhone yang pernah kami gunakan

Tips Memilih Kabel iPhone:

  • Pilih jenama terkenal dan popular seperti UGREEN, Aukey, Anker, Choetech, Belkin dan lain-lain.
  • Kabel perlu ada label MFi (Made for iPhone/iPad/iPad). Ini penting untuk memastikan pengecasan berjalan dengan lancar.
  • Digalakkan untuk cari kabel yang bersalut nylon (braided) untuk ketahanan dan boleh digunakan dalam tempoh yang lama.
  • Bagi pengguna iPhone 8 dan ke atas, pilih kabel jenis USB Type-C ke Lightning untuk manfaatkan pengecasan pantas.
Kabel-kabel iPhone pilihan kami
Label MFi ini kebiasaannya dipaparkan pada kotak kabel

Tips Memilih Palam Pengecas iPhone:

  • Palam pengecas yang terbaik adalah dari jenama Apple itu sendiri.
  • Pilih palam pengecas yang menyokong Power Delivery (PD) sama ada 18W, 20W dan ke atas untuk iPhone 8 dan ke atas. Rujuk di sini untuk maklumat lanjut.
  • Bagi iPhone 7 dan ke bawah yang tidak menyokong pengecasan pantas, boleh gunakan palam pengecas iPad 12W untuk sedikit kelajuan. Elakkan guna palam 5W kerana ia terlalu lambat dan tidak patut wujud pada tahun 2021. Baca lanjut di sini.

Kabel iPhone Terbaik

  1. UGREEN MFi PD (Type-C ke Lightning)

Jenama yang paling dikenali untuk kabel yang murah dengan label MFi. Ada pilihan panjang dari 0.25m hingga 2m. Kualiti wayarnya biasa sahaja.

Harga : RM37.99

Pautan UGREEN MFi: [Shopee] dan [Lazada]

  1. UGREEN MFi Braided (Type-C ke Lightning)

Kualiti lebih padu dari kabel UGREEN biasa. Wayar lebih tahan kerana bersalut nylon. Bahagian hujung kabel (housing) diperbuat dari aluminium. Pilihan warna lebih banyak.

Harga : RM41.99

Pautan UGREEN MFi Braided : [Shopee] dan [Lazada]

  1. Aukey CB-CL3 Braided Nylon

Jika inginkan jenama yang boleh dipercayai, Aukey adalah jawapannya. Harganya tidak terlalu murah dan mahal. Kualitinya baik dan tahan lama. Rekaanya kompak dan sesuai untuk pengguna yang lasak.

Harga : RM35.90 RM29.90 (promo)

Pautan Aukey CB-CL3 : [Shopee] dan [Lazada]

  1. Anker A8842 Powerline+ III

Kepada yang inginkan kabel yang lebih premium dan berkualiti, boleh cuba jenama Anker ini. Kabel ini mampu menahan daripada pintalan, tarikan dan ikatan sehingga 35,000+kali. Sambungan kabel ini kuat dan dapat elak dari karat dan patah. Jenama ini tidak akan mengecewakan anda.

Harga : RM119

Pautan Anker A8842 Powerline+ III : [Shopee] dan [Lazada]

Palam Pengecas iPhone Terbaik

  1. Apple 20W USB-C Power Adapter

Palam pengecas terbaik adalah yang tulen dari Apple. Walaupun harganya agak mahal dari yang lain, ia sememangnya selamat untuk digunakan dan mampu memberikan pengecasan pantas. Kelebihan palam ini adalah kakinya boleh dilipat dan amat sesuai digunakan ketika melancong.

Harga : RM92 (promo)

Pautan Apple 20W USB-C : [Shopee] dan [Lazada]

  1. UGREEN

Bentuknya lebih kurang seperti Palam Apple 20W tetapi kakinya tidak boleh dilipat. Harga dijual lebih murah dan kualitinya memuaskan. Sesuai untuk pengguna yang ingin mencari palam pengecas yang murah.

Harga : RM37

Pautan UGREEN 20W PD : [Shopee] dan [Lazada]

  1. Choetech

Mungkin anda tidak pernah dengar akan jenama ini, namun percayalah bahawa palam Cheotech ini tidak kurang hebatnya. Harganya paling murah antara yang lain tetapi hanya ada jenis 18W sahaja. Saiznya pula agak besar dan kedudukan port wayar dari sisi.

Harga : RM30.45

Pautan Choetech 18W PD : [Shopee] dan [Lazada]

  1. Aukey PA-Y25 20W

Palam pengecas Aukey ini didatangi dengan pelbagai fungsi keselamatan. Saiznya lebih kompak dari palam Apple 20W. Harganya sedikit mahal dari yang lain namun kualitinya agak baik.

Harga : RM49.90 RM39.90 (promo)

Pautan Aukey PA-Y25 20W : [Shopee] dan [Lazada]

Nota tambahan: Palam pengecas PD 20W boleh digunakan untuk iPhone 8 dan ke atas menurut Apple Support. Harga yang dipaparkan mungkin ada sedikit perbezaan.

Pemilihan pengecas iPhone yang baik ini penting bagi memastikan iPhone dapat dicas dengan selamat dan mengelakkan dari berlakungan kemalangan/kerosakan yang tidak diingini. Itu sahaja perkongsian kali ini, jika anda rasa tips yang diberi ini berguna, anda boleh kongsi artikel kepada yang lain.

Penafian: Tech Lagi tidak dibayar oleh mana-mana jenama pengecas yang disebut dalam artikel ini. Kebanyakan barangan yang dipromosikan ini merupakan pendapat dan pengalaman penggunaan dari Pihak Tech Lagi sendiri. Harga yang dipaparkan merupakan harga promosi yang boleh didapati pada hari tertentu.

Apa korang rasa?
+1
6
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan