Pra-Tempah Acer Aspire Vero National Geographic Bermula Mei Dengan Harga RM4299

Komputer riba diperbuat daripada bahan kitar semula, Acer Aspire Vero telah dilancarkan oleh Acer sebelum ini. Untuk edisi kali ini, Acer telah melancarkan Aspire Vero Edisi Terhad dengan kerjasama National Geographic (NG).

Berbeza sedikit dengan Aspire Vero, Edisi NG pada kali ini membawakan rekaan dan corak yang lebih menawan. Setiap pembelian Aspire Vero NG dapat membantu organisasi National Geographic bagi melindungi bumi menerusi pengembaraan, kajian dan pembelajaran.

Aspire Vero NG hadir dengan skrin 15.6-inci dengan panel IPS beresolusi FHD. Dikuasakan komputer riba ini, Intel Core i7-1195G7 bersama GPU Intel Iris Xe Graphics. Ia dilengkapi dengan RAM 16GB DDR4 diikuti storan 1TB SSD.

Bahagian port pula terdiri daripada 1x HDMI 2.0, 2x USB 3.2 Gen1 Type-A dan 1x USB Type-C. Ia juga hadir dengan pengecasan 65W bersama bateri 3 cell berkapasiti 48Whr. Acer Aspire Vero NG hanya dijual dengan satu warna sahaja – Volcanic Grey.

Bagi menyahut cabaran melestarikan alam sekitar, Acer turut mengadakan program tukar beli dengan menawarkan rebat sehingga RM500 bagi pra-tempah Acer Aspire Vero NG dan pembelian Aspire Vero.

Program tukar beli ini berlangsung pada 1 Mei 2022 sehingga 31 Julai 2022. Bagi pembelian 50 unit pertama akan menerima tetikus dan pad tetikus Vero. Selain itu, setiap pembelian Acer Aspire Vero dan NG pada waktu promosi ini akan menerima hadiah bernilai sehingga RM199 atau kredit Touch n’Go eWallet sehinggan RM120.

Apa korang rasa?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Tinggalkan Komen

Tulis komen anda di sini
Tulis nama anda di sini

Dasar Privasi    Syarat Perkhidmatan

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan