Siri Chromebook Dilancarkan Oleh Acer Untuk Pelbagai Kegunaan

Pada Acara CES 2022 yang sedang berlangsung di Las Vegas, Acer telah melancarkan Siri Chromebook baharu yang didatangkan dengan tiga saiz dan reka bentuk yang sesuai untuk keluarga, pelajar dan pekerja hibrid.

Acer Chromebook Spin 513

Chromebook Spin 513 ini hadir dengan paparan VertiView bersaiz 13.5-inci dengan nisbah paparan 3:2 bagi memaksimakan kandungan yang boleh dilihat. Resolusi skrinnya pula sebanyak 2256 x 1504 yang mampu memaparkan gambar yang cantik dan jelas. Tambahan lagi, paparannya mampu diputarkan sehingga 360 darjah untuk dijadikan sebagai komputer riba mahupun tablet.

Dikuasakan dengan MediaTek Kompanio 1380 8-teras, Chromebook Spin 513 ini mempu menyajikan prestasi yang pantas dan sesuai untuk menjalankan pelbagai tugasan. Pengguna mampu megekalkan produktiviti dengan hayat baterinya mampi bertahan sehingga 10 jam. Chromebook Spin 513 juga hadir dengan ketahanan gred tentera, MIL-STD 810H yang dikatakan tahan lasak.

Acer Chromebook 315

Seterusnya, Chromebook 315 pula didatangkan dengan skrin 15.6-inci IPS dengan resolusi FHD serta dilengkapi dengan ciri anti-silau. Bagi pengguna yang menyukai fungsi skrin sesentuh, Chromebook 315 ini hadir dengan fungsi ini.

Acer Chromebook 315 ini menyertakan sekali web kamera HDR yang mampu menawarkan kualiti video dan gambar yang lebih jelas serta menjadikannya sebuah Chromebook yang sesuai buat pelajar mahupun pekerja yang bekerja dari rumah. Di samping itu, teknologi Audio DTS yang ada pada peranti ini dapat menghasilkan bunyi yang kaya dengan bes dan sesuai untuk kegunaan multimedia.

Bagi prestasi pula, Chromebook 315 hadir dengan pemprosesan Intel dan WiFI 6 yang baharu untuk prestasi yang lebih cekap. Baterinya pula mampu bertahan sehingga 10 jam dan mempunyai 2 port USB-C generasi kedua serta satu slot bagi kad MicroSD.

Acer Chromebook 314

Akhir sekali, Acer Chromebook 314 dilancarkan khusus buat golongan pelajar dan keluarga kerana penawaran spesifikasi yang baik dengan harga yang berpatutan. Chromebook 314 ini menggunakan paparan 14-inci FHD IPS dengan ciri anti-silau dan boleh digunakan pada persekitaran yang terang. Saiz bingkainya pula senipis 8.1mm yang mampu memaparkan visual yang lebih luas dan jelas.

Menguasakan Chromebook 314 ini adalah pemprosesan Intel dengan ketahan bateri selama 10 jam untuk produktiviti yang maksima. Turut dihadiri juga Wifi 6 yang terbaharu dengan ketahanan gred tentera, MIL-STD 810H yang mampu menahan kelasakan adik atau kucing anda.

Harga

Berikuit merupakan harga bagi Siri Chromebook di AS yang ditukarkan terus matawang. Siri Chromebook ini bakal ditawarkan bermula Januari ini di beberapa pasaran yang terpilih.

Acer Chromebook Spin 513 – $599.99 (~RM2515.00)

Acer Chromebook 315 – $299.99 (~RM1257.41)

Acer Chromebook 314 – $299.99 (~RM1257.41)

Apa korang rasa?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Sumber :Acer

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan