Acer Umumkan Siri Laptop Swift Baharu – Lebih Berkuasa, Premium Dan Ringan

Acer telah mengemaskini barisan laptop nipis dan premium mereka, Swift 5 dan Swift 3. Dengan penawaran terbaharu ini, Acer telah bawakan beberapa penambahbaikan spesifikasi terutamanya pada prestasi, skrin dan bateri untuk barisan Swift baharu.

Acer Swift 5

Acer Swift 5 dicipta untuk memberikan prestasi dan fungsi kemudahalihan yang secukupnya buat pengguna. Ia sememangnya direka buat golongan profesional yang mahukan peranti yang berkuasa dengan rekaan yang mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Swift 5 dikuasakan dengan cip Intel gen ke-12 bersama grafik Intel Iris Xe 12-teras untuk memberikan produktiviti yang maksimum. Dengan menggunakan casis diperbuat dari aluminium gred ruang-angkasa, Swift 5 hanya mempunyai berat sebanyak 1.2KG serta ketebalan 14.95mm sahaja.

Laptop ini juga dilengkapi dengan RAM 16GB dwi-saluran memori LPDDR5 dan storan sehingga 2TB dari PCle gen ke-4 SSD. Tidak berhenti di situ, Swift 5 turut mempunyai fitur Windows Hello dengan pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa. Acer mengatakan Swift 5 mampu dibangunkan dari mod tidur dengan pantas dan mempunyai ketahanan bateri sehingga 10 jam.

Skin pada Swift 5 ini juga tidak kurang hebatnya, paparan sesentuh WQXGA beresolusi 2560×1600 ini mempunyai rangka yang nipis dengan nisbah 16:10 yang merangkumi 92.22% nisbah skrin-ke-badan. Ia juga dilengkapi dengan web kamera bersolusi FHD MIPI dengan teknologi Temporal Noise Reduction (TNR) bagi menyajikan video berkualiti tinggi ketika berada dalam keadaan gelap.

Turut disertakan teknologi PurifiedVoice yang menggukan teknologi AI bagi memastikan suara menjadi jelas dan kuat. Sambungan Swift 5 ini pula menggunakan teknologi terkini – WiFi 6E. Dengan adanya papan kekunci cahaya belakang yang mempunyai rekaan udara salur masuk dan sistem dwi-kipas TwinAir, Swift 5 mampu mengalihkan haba keluar dari kerangka dengan baik.

Untuk bahagian port pula, Swift 5 memiliki 2 port Thunderbolt 4, 1 port HDMI 2.1 dan 2 port USB 3.2 Gen 1 yang salah satunya boleh digunakan walaupun laptop berada dalam keadaan lelap.

Acer Swift 3

Acer Swift 3 pula merupakan laptop mudah alih bersaiz 14-inci dengan paparan 16:9 QHD atau FHD sesentuh. Dikuasakan dengan cip Intel gen ke-12 dengan sokongan storan SSD sehingga 2TB.

Web kamera Swift 3 turut memiliki teknologi TNR untuk panggilan video yang lebih baik dengan resolusi FHD manakala WiFi 6E da DTS Audio pula dapat memberikan pengalaman penstriman yang lebih menyeronokkan. Portnya pula terdiri daripada USB Type-C, USB Type-A dab HDMI 2.1.

Bercakap mengenai ketahan bateri pula, Swift 3 mampu memberikan ketahan 4 jam bateri untuk masa cas selama 30 minit. Akhir sekali, Swift 3 turut memiliki sistem penyejukan TwinAir yang mempu melesapkan haba dengan baik hanya menggunakan satu kipas sahaja.

Harga

Acer Swift 5 akan mula dijual di Amerika Utara bermula Jun ini dengan tanda harga bermula USD 1499 (~RM 69290) manakal Acer Swift 3 pula bermula dari USD 849.99 (~RM 3567).

Reaksi anda terhadap artikel ini?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Sumber :Acer

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan