Poco X4 Pro 5G Kini Rasmi Di Malaysia – Apa Yang Perlu Anda Tahu?

Poco pada hari ini telah melancarkan Poco X4 Pro 5G secara rasmi di Malaysia. Apa yang menariknya tentang X4 Pro 5G ini, ia hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 5G bersama skrin dengan kadar sedar semula 120HZ dan dipadankan dengan kamera 108MP.

Skrin

Poco X4 Pro 5G ini dilengkapi dengan paparan AMOLED bersaiz 6.67-inci DotDisplay denngan kadar segar semula 120Hz. Tambahan lagi, ia menggunakan kadar persampelan 360Hz untuk paparan yang lebih responsif sewaktu kegunaan harian dan gaming. Dengan sokongan DCI-P3 wide colour gamut, paparan AMOLED ini juga mempunyai resolusi FHD+ bersama SGS Eye Care untuk kegunaan gaming.

Kamera

Poco X4 Pro 5G hadir dengan kamera utama 108MP dengan sensor sebesar 1/1.52-inci. Turut serta, kamera 8MP ultra-lebar bersama 2MP mikro. Kamera swafotonya pula menggunakan 16MP dengan rekaan tebuk di bahagian tengah.

Fitur kameranya pula seperti Panoramic Selfie di mana anda boleh mengambil gambar swafoto secara beramai. Selain daripada itu, fitur seperti Slow Motion, dwi-video, time-lapse video, super macro, movie filer dan kaleidoscope turut disediakan untuk kegunaan kamera.

Prestasi

Bagi prestasi pula, Poco X4 Pro 5G dikuasakan oleh Snapdragon 695 5G dengan binaan 6nm. Untuk GPU pula, ia dilengkapi dengan lapan-teras Arm Cortex-A78 uang boleh mencapai kelajuan sehingga 2.2Ghz. Peranti ini juga mempunyai RAM dari 6GB sehingga 8GB di mana tambahan 3GB juga dapat dicapai melalui teknologi Dynamic RAM Expansion Technology bagi storan 256GB.

Bateri

Dengan adanya bateri berkapasiti 5000mAh, Poco X4 Pro 5G ini dikatakan mampu memainkan video sehingga 15 jam, waktu membaca sehingga 25 jam dan waktu mendengar muzik sehingga 191 jam.

Poco X4 Pro 5G ini menggunakan pengecasan 67W dan mengambil masa selama 22 minit untuk mengecas sehingga 70% serta 41 minit untuk cas penuh.

Ciri Tambahan

Bercakap mengenai pembesar suara pula, ia dilengkapi dengan dwi-pembesar suara untuk menghasilkan bunyi yang padu dan jelas. Selain itu, telefon pintar ini menggunakan Z-aksis motor linear untuk pengalaman gaming yang lebih baik. Akhir sekali, peranti ini hadir juga dengan sistem operasi terbaharu, MIUI 13 dengan pelbagai fitur dan penambahnaikan prestasi.

Warna dan Harga

Poco X4 Pro 5G hadir dengan 3 warna – Laser Black, Laser Blue dan POCO Yellow. Bagi varian pula (RAM + Storan) adalah seperti berikut:

  • 6GB + 128GB = RM1199 – Beli di sini [Shopee]
  • 8GB + 256GB = RM1499 – Beli di sini [Shopee]

Reaksi anda terhadap artikel ini?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan