iPhone 14 Pro Dikatakan Hadir Dengan Kamera Berbentuk Pil Dan Tebuk Menurut Lukisan Skematik

Terdahulu, ada desas-desus mengatakan bahawa iPhone 14 Pro yang bakal dilancarkan pada September ini hadir dengan takuk berbentuk pil. Kini, ura-ura baru pula menyatakan bahawa iPhone bakal hadir dengan kamera hadapan berbentuk pil dan tebuk bagi menggantikan takuk untuk menempatkan Face ID dan kamera swafoto.

Satu sumber dari Weibo melalui FPT menunjukkan lukisan skematik paparan iPhone 14 Pro yang menggunakan kamera berbentuk pil dan tebuk. Ia berbentuk seperti huruf “i” seolah-olah menunjukkan “i” untuk iPhone.

Sumber: YouTube FPT

Menurut Jon Prosser melalui video YouTube FPT, beliau mengatakan bahawa lukisan ini tepat dan sama dengan apa yang diberitahu oleh sumber dalamnya. Namun apa yang berbeza adalah saiznya yang lebih besar berbanding dengan apa yang Jon Prosser ramalkan sebelum ini.

Ross Young, pakar paparan bagi industri telefon pintar juga menyatakan kamera berbentuk pil dan tebuk ini hadir bagi siri Pro sahaja sebelum diaplikasikan untuk 4 model iPhone pada tahun 2023 kelak.

Reaksi anda terhadap artikel ini?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
2
+1
1
+1
1
Sumber :Weibo

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

2 KOMEN

Tinggalkan Komen

Tulis komen anda di sini
Tulis nama anda di sini

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan