Apple Event 9 Mac Ini – Apa Yang Kita Boleh Jangka?

Apple telah pun mengedar jemputan dalam talian untuk acara khasnya yang bakal diadakan pada 9 Mac ini jam 2 pagi (waktu tempatan). Apple Event pada kali ini disebut sebagai ‘Peek Performance’ dengan logo Apple berbentuk 3D yang terdiri daripada tona warna.

Seperti biasa, untuk Apple Event yang diadakan setiap tahun, beberapa pengumuman termasuk pelancaran peranti baru. Mari kita lihat apakah peranti menarik yang bakal dilancarkan menurut kepada desas-desus dari pelbagai sumber.

iPhone SE 3

iPhone SE yang sinonim degan iPhone termurah termurah kemungkinan akan dilancarkan dengan beberapa spesifikasi yang dikemaskini.

Menurut Kuo, iPhone SE generasi ke-3 yang terbaharu ini bakal menggunakan rekaan yang sama seperti generasi sebelumnya (iPhone 8) dengan tambahan fitur 5G (penggunaan cip A15).

Harganya pula diramalkan sama seperti generasi sebelumnya atau lebih murah sedikit memandangkan tiada perubahan ketara ke atas model SE generasi terbaharu.

iPad Air 5

Sama juga seperti iPhone SE, iPad Air yang baru juga berkemungkinan akan menerima kemaskini dalaman sahaja dengan beberapa pilihan warna baharu.

iPad Air yang baru ini mungkin akan menggunakan cip terbaharu A15 dengan rangkaian 5G dan beberapa lagi fitur lain seperti Centre Stage yang hadir pada iPad Mini 5.

iPad Air generasi sebelumnya pun masih menggunakan rekaan terkini (sisi rata) jadi Apple tidak akan membuat keputusan drastik dengan menukar seluruh rekaan pada iPad Air 5 ini melainkan setelah capai usia matang dalam 4 ke 5 tahun.

Mac

Mac Mini

Jon Prosser ada membuat ramalan bahawa Mac Mini mungkin dilancarkan dengan kemaskini pada cip pemprosesan seperti M1 Pro dan M1 Max. Ataupun mungkin cip generasi terbaharu Apple iaitu M2.

Gambar: Rendersbyian

Reka bentuknya berkemungkinan sama seperti generasi sebelumnya atau menerima sedikit perubahan seperti yang pada render oleh asdsad ini.

MacBook Pro

Ramalam terkahir pula dari MacRumors yang mengatakan akan hadirnya MacBook Pro bersaiz 13-inci dengan cip terbaharu, M2.

Masih menggunakan reka bentuk yang sama (MacBook dengan TouchBar), dikatakan cip M2 ini mempunyai pilihan GPU dalam 9 hingga 10 teras berbanding M1 yang ada hanya GPU 7 dan 8 teras sahaja.

Saksikan Apple Event di laman rasmi Apple atau YouTube pada 9 Mac ini jam 2 pagi.

Reaksi anda terhadap artikel ini?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Tinggalkan Komen

Tulis komen anda di sini
Tulis nama anda di sini

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan