Apple Tawar AirPods Percuma Untuk Pelajar Dengan Pembelian Mac Dan Ipad – Ini Caranya

Sesi persekolahan bagi tahun 2022 semakin hampir, kebanyakan pelajar akan mulakan sesi pembelajaran melalui kelas fizikal mahupun dalam talian. Terbaru, Apple mengadakan program ‘Back To School’ dengan menawarkan AirPods yang bernilai RM589 secara percuma melalui pakej pendidikan. Tawaran ini berlangsung sehingga 7 Mac 2022.

Beberapa perkara yang anda perlu tahu untuk dapatkan tawaran ini:

  • Tawaran ini terhad kepada golongan pelajar / pendidik / pekerja di institusi pendidikan yang mempunyai emel pendidikan dan perlu disahkan melalui UNiDAYS. Pembelian boleh dibuat melalui laman Apple Malaysia Pendidikan.
  • Produk yang perlu dibeli untuk melayakkan anda menerima tawaran ini adalah seperti berikut:
  • Bagaimana tawaran ini berfungsi? Anda perlu beli Mac atau iPad yang disenaraikan di atas. Selepas itu, anda boleh dapatkan AirPods gen-2 secara percuma (dengan nilai RM589). Jika anda inginkan AirPods gen-3 atau AirPods Pro, anda akan menerima diskaun RM589 dan perlu menambah selebihnya.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di sini bagi terma dan syarat. Selamat membeli!

Reaksi anda terhadap artikel ini?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan