Asus Turut Bantu Mangsa Banjir Dengan Tawaran Pemeriksaan Secara Percuma

Banyak syarikat elektronik di Malaysia seperti Samsung dan Acer menawarkan bantuan baikpulih peranti secara percuma. Asus turut tidak ketinggalan dalam mambantu mangsa banjir yang telah menimpa di negara ini.

Kenyataan Asus Malaysia mengenai bantuan banjir di Facebook

Asus di Facebook mengeluarkan kenyataan untuk menawarkan perkhidmatan pemeriksaan produk Asus (laptop, desktop, PC semua dalam satu, telefon) secara percuma termasuk kos buruh bermula hari ini sehingga 31 Januari 2022.

Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, anda boleh pergi ke Asus Authorized Service Centre yang berdekatan untuk penduduk di Lembah Klang atau buat panggilan ke Asus Careline untuk pengambilan dan pemulangan untuk mangsa yang tinggal di Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Terima kasih Asus Malaysia!

Apa korang rasa?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan