Rekaan Dan Spesifikasi Realme GT2 Pro Diperlihat

Baru-baru ini, realme telah mendedahkan rekaan sebenar bagi peranti versi andalan iaitu GT 2 Pro di Twitter. Rekaan yang didedahkan itu merupakan Master Edition yang mempunyai tekstur seakan kertas pada panel belakang.

Spesifikasi bagi peranti ini pula telah tertiris selepas mendapat pengesahan dari TENAA di mana terdapat dua model bagi GT 2 Pro ini. Peranti ini menggunakan paparan skrin sebesar 6.7-inci QHD+ AMOLED dan mempunyai ketebalan sebanyak 8.2 mm sahaja.

Realme GT 2 Pro dikuasakan dengan Snapgragon 8 Gen 1 bersama 8/12 GB RAM dan 128/256/512 GB storan. Peranti ini dilihat mempunyai 3 kamera pada bahagian belakang yang menempatkan dua 50MP dan satu 2MP. Kamera swafoto pula menggunakan 32MP dengan rekaan tebuk.

Bagi prestasi bateri pula, GT 2 Pro kemungkinan menggunakan bateri bersaiz lebih kurang 5000 mAh. Apa yang pasti, TENAA menyatakan bahawa peranti ini dilengkapi dengan fitur pengimbas cap jari bawah skrin.

Jika sebelum ini tertiris mengenai rekaan realme GT 2 Pro seakan Pengimbas Suhu Depan Kedai, ia dikatakan versi Camera Performance Edition.

Sumber: TENAA, Ishan Agarwal, Weibo

Reaksi anda terhadap artikel ini?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan