Xiaomi Sumbang RM418,150 Kepada Mangsa Banjir Melalui Yayasan Food Bank Malaysia

Banyak kerosakan harta benda dilihat akibat banjir besar melanda di negara kita. Sebelum ini kita dapat lihat beberapa syarikat teknologi seperti Apple, Samsung, Acer, Asus dan banyak lagi menghulurkan bantuan untuk pemulihan terhadap kerosakan yang berlaku kerana banjir.

Kenyataan rasmi Xiaomi Malaysia di Facebook

Seperti syarikat yang lain, Xiaomi turut tidak ketinggalan dalam menyumbangkan dana sebanyak RM 418,150 kepada Yayasan Food Bank Malaysia bagi membantu mangsa banjir. Tidak berhenti di situ, Xiaomi turut menyumbang dana yang sama kepada Filipina yang turut terjejas teruk kerana Ribut Rai yang telah memusnahkan banyak kediaman di sana.

Xiaomi Corporation juga mengharapkan yang terbaik kepada mereka yang terjejas, serta pemulihan yang cepat terhadap kawasan yang terjejas.

Terima Kasih Xiaomi!

Gambar: William Lu

Reaksi anda terhadap artikel ini?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan