Samsung S21 FE 5G dilancarkan – Exynos 2100, tri-kamera, 4500 mAh

Siri yang dinantikan ramai peminat Samsung, S21 FE 5G akhirnya dilancarkan pada hari ini. Samsung S21 FE 5G ini mempunyai peminat yang tersendiri kerana menawarkan spesifikasi yang berbaloi dengan rekaan seperti model andalan namun dengan harga yang berpatutan.

Peranti ini hadir dengan skrin bersaiz 6.4-inci FHD+ Dynamic AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan 240Hz respon sentuhan. Turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari optikal bawah skrin.

S21 FE 5G dijana dengan Exynos 2100 (5nm) bersama 8GB RAM dengan 256/128GB pilihan bagi storan. Selain itu, kapasiti bateri 4500 mAh ditempatkan dalam peranti ini bersama pengecasan pantas 25W yang mana mengambil masa selama 30 minit untuk cas sehingga 50%.

Samsung S21 FE 5G dengan tiga warna pilihan.

Bagi kamera pula, S21 FE 5G menggunakan konfigurasi 3 kamera yang menempatkan 12MP ultra-lebar, 12MP lebar dan 8MP telefoto dengan ciri Space Zoom sehingga 30X. Pada bahagian depan pula, kamera swafoto bagi peranti ini dilengkapi dengan 32MP.

Spesifikasi Samsung S21 FE 5G bagi pasaran global.

Rekaan bagi S21 FE 5G ini dilihat kemas dan minimal dan sama seperti abangnya iaitu siri S21. S21 FE 5G juga menggunakan sistem operasi Android 12 bersama Samsung OneUI 4.0. Ciri lain menarik yang ada apa peranti ini adalah seperti Dual Recording, AI Face Restoration yang mampu mencantikkan lagi wajah anda, Night Mode dan lain-lain.

S21 FE 5G dengan warna Lavender yang menawan

Menurut Samsung Malaysia, S21 FE 5G bakal ditawarkan pada harga RM2899 (8+128GB) dan RM3099 (8+256GB). Sebanyak 4 warna ditawarkan bagi peranti ini – Olive, Graphite, Lavender dan Putih.

Rangkuman spesifikasi:

Reaksi anda terhadap artikel ini?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan