Komputer Riba Diperbuat Daripada Bahan Kitar Semula, Acer Aspire Vero Dilancarkan

Acer dalam acara ‘Make Your Green Mark’ telah melancarkan sebuah laptop yang diperbuat dari bahan kitar semula dalam usaha untuk melestarikan alam sekitar.

Acer Aspire Vero (AV15-51) diperbuat daripada 30% plastik yang dikitar semula daripada pengguna (PCR) di dalam chasisnya tanpa menggunakan cat. Menurut Acer, setiap penghasilan Vero dapat menjimatkan dalam 21% pelepasan karbon dioksida.

Butang kekuncinya mengandungi 50% plastik PCR dan dibungkus di dalam kotak yang diperbuat daripada kertas pulpa yang dikitar semula serta pembungkusan adapter pula menggunakan kertas daripada plastik.

Aspire Vero menggunakan paparan FHD IPS 15.6 inci yang 99% dikitar semula. Komputer riba ini dijana oleh pemprosesan sehingga 11th Gen Intel Core i7 dan Iris Xe Graphics untuk kelancaran prestasi.

Ciri-ciri seperti Wi-Fi 6, satu port RJ-45, satu port HDMI, port Type-C USB dan dua port Type-A USB memberikan pengalaman komputerisasi yang boleh mudah. Pengguna juga ada pilihan untuk menggunakan mode Eco+ di dalam perisian baharu Acer dan VeroSense bagi kecekapan tenaga dan hayat bateri yang lebih panjang.

Bagi yang berminat, Acer Aspire Vero mula dijual di kedai-kedai rasmi terpilih Acer dan penjual Acer bertauliah di seluruh negara, bermula RM3,399. Sempena pelancarannya dari 11 November hingga 19 Novemver, pembelian pada tempoh ini melayakkan anda untuk menebus hadiah bernilai sehingga RM500.

Spesifikasi

Aspire Vero boleh dibeli melalui Acer Malaysia, Shopee Acer Flagship Store dan Lazada Acer Official Store.

Reaksi anda terhadap artikel ini?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Sumber :Acer

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan