Farizon Auto Menampilkan Trak Elektrik ‘Homtruck’, Bakal Dijual 2024

Jenama kenderaan komersil Geely Holding Group, Farizon Auto, memperkenalkan trak elektrik futuristik yang dinamakan Homtruck, dengan pengeluaran dan penghantaran pertama dirancang untuk awal 2024.

Menjelang penghantaran pertama pada 2024 kelak, Homtruck akan menjadi salah satu kenderaan komersil yang paling canggih dan paling bersih di jalan raya yang memfokuskan pada kecekapan, keselamatan pemandu dan pejalan kaki, serta mempunyai kejayaan besar dalam rangkaian kuasa mampan.

Seni bina Homtruck boleh membawa beberapa pilihan rangkaian kuasa termasuk penambah jarak (range extender), sistem hibrid metanol serta elektrik sepenuhnya dengan pilihan pertukaran bateri berdasarkan piawaian yang dikeluarkan oleh Kementerian Perindustrian dan Teknologi China, membolehkan Homtruck dicas hanya dalam beberapa minit di stesen perhentian lebuh raya.

Homtruck mampu mengakses pengkalan data rangkaian logistik untuk membantu pemandu melakukan penghantaran dalam cara paling optimum dalam masa nyata, menganalisis aliran trafik serta mengira kos operasi sepanjang perjalanan. Dengan bantuan AI, Homtruck juga mampu menguruskan bekalan bahan api untuk mencapai prestasi ekonomi bahan api yang paling optimum.

Menurut Farizon Auto, jurutera mereka telah mengkaji keperluan pemandu kenderaan komersial semasa pembangunan perkakas dan perisian Homtruck. Melalui kajian yang dilakukan, Homtruck mampu memberikan tahap efisyen yang tinggi serta keselesaan yang menyeluruh untuk pemandunya.

Kokpit Homtruck merupakan persembahan perkakasan yang membantu pemandu seperti kemudahan bilik air, katil, peti sejuk, dapur dan mesin basuh kecil. Pemandu juga akan dibantu oleh sistem kamera 360 darjah untuk meningkatkan tahap kepekaan terhadap sekeliling sama ada semasa sedang bergerak atau terhenti.

Memandangkan trak ini masih lagi dalam fasa konsep, tiada maklumat teknikal didedahkan. Akan tetapi terdapat beberapa ciri yang telah diketahui iaitu penggunaan pelbagai jenis radar seperti LiDAR, radar ultrasonik, radar gelombang milimeter untuk sambungan 5G dan komunikasi V2X. Trak ini juga mampu melaksanakan pemanduan autonomi Tahap 4 serta kemampuan naik taraf perisian melalui Over the Air.

Reaksi anda terhadap artikel ini?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Sumber :Geely

Mengenai Penulis

Amirul Hakeem
Amirul Hakeem
Tertarik dengan jargon berkaitan teknologi seperti megapiksel, gigahertz & AMOLED. Meminati semua jenis teknologi daripada telefon pintar, peti sejuk pintar dan seangkatan dengannya. Merupakan kipas susah mati kumpulan K-Pop, TWICE.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan