Hyundai Kona Electric Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM150k

Hyundai-Sime Darby Motors Sdn Bhd (HSDM) telah melancarkan Hyundai Kona Electric, sebuah kenderaan elektrik sepenuhnya secara rasmi di Malaysia.

Hyundai Kona Electric hadir dengan 3 pilihan varian beserta bateri dan jarak:

  • Kona Electric Lite (e-Lite): Bateri 39.2-kWH dengan 7.2kW on board charge (OBC) dan jarak 305KM.
  • Kona Electric Plus (e-Plus): Bateri 39.2-kWH dengan 11 kW OBC dan jarak 305KM.
  • Kona Electric Max (e-Max): Bateri 64-kWH battery dengan 11 kW OBC dan jarak 484KM.
Rupa bahagian belakang Kona Electric

Kona Electric dilengkapi dengan fitur pengecasan pantas DC yang memberi kemampuan untuk mengecas dari 0 hingga 80 peratus dalam tempoh kurang 1 jam. Namun, bagi kaedah pengecasan konvensional AC, ia mengambil masa lebih kurang 6.5 jam, 4.5 jam dan 7.5 jam untuk cas penuh bagi varian e-Lite, e-Plus dan e-Max.

Kedudukan port pengecas Kona Electric

Bagaimana pula dengan prestasi Kona Elektrik? Dijana dengan motor elektrik yang mampu menghasilkan 136 PS (e-Lite dan e-Plus) serta 204 PS (e-Max), pecutan dalam Sport Mod masing-masing merekodkan masa dari 0-100 km/j selama 9.9 saat dan 7.9 saat. Kelajuan maksimum pula masing-masing merekodkan sebanyak 155 km/j dan 167 km/j.

Komponen motor elektrik dan bateri pada Kona Electric

Sistem SmartSense yang hadir dalam Kona Electric ini mengandungi pelbagai fitur keselamaan seperti penghindaran perlanggaran titik buta, Bantuan Mengekalkan Lorong, Bantuan Mengikut Lorong dan banyak lagi. Kona Elektrik juga mementingkan aspek keselamatan yang hadir dengan 6 beg udara, ABS, ESC, VSM dan lain-lain. Baca lanjut di sini.

Kemasan dalaman bahagian depan Kona Electric

Harganya bermula dengan RM149,888 untuk varian e-Lite diikuti dengan RM169,888 (e-Plus) dan RM199,888 (e-Max). Apa yang menariknya, Kona Electric dikecualikan sepenuhnya daripada duit import dan eksais, cukai jualan serta cukai jalan seperti yang diumumkan di bawah Bajet 2022. Warna pula hadir dalam 9 pilihan – Chalk White, Cyber Gray, Galactic Gray, Dark Knight, Ignite Flame, Pulse Red, Surfy Blue, Dine in Jeju dan Misty Jungle.

Ingatlah, semahal mana pun kereta yang dipakai, bila Kona berilah signal.

Apa korang rasa?
+1
2
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
Sumber :Hyundai

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan