Siri Oppo Reno7 Dilancarkan Di China – Dimensity 1200-Max, Skrin 90Hz, Rekaan Sisi Rata

Belum cukup setahun selepas pelancaran Reno6, Oppo telah pun merasmikan Siri Oppo Reno7, Reno7 Pro dan Reno 7 SE. Siri Reno7 kali ini membawakan rekaan dan spesifikasi baru yang berbeza dari generasi sebelumnya.

Reno7 tampil dengan reka bentuk baru yang lebih kemas

Oppo Reno7 Pro

Reno7 Pro hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.55-inci ditambah dengan kadar segar semula 90Hz. Ia dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 1200-Max. Peranti ini hadir dengan konfigurasi 8/12GB RAM dan 256GB storan. Dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4500mAh, Reno7 Pro juga menyokong pengecasan pantas 65W.

Tiga kamera pada model Pro ini menempatkan 50MP Sony IMX766 sensor (f/1.8), diikuti dengan lensa ultra-lebar 8MP dan 2MP makro. Kamera swafoto pula mempunyai 32MP.

Oppo Reno7

Bersaiz sedikit kecik dari model Pro, Reno7 hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.43-inci dengan 90Hz kadar segar semula. Kalini ini, ia dikuasakan dengan cip Snapdragon 778G dengan 3 varian – 8GB RAM + 128GB storan, 8GB RAM + 256GB storan dan 12GB RAM + 256Gb storan. Baterinya pula mempunya kapasiti sama dengan versi Pro – 4500mAh dan 60W pengecasan pantas.

Reno7 mempunyai 3 kamera pada bahagian belakang – 64MP f/1.7 (lebar) + 8MP f/2.2 (ultra-lebar) + 2MP f/2.4 (makro). Kamera swafoto pula mempunyai 32MP.

Oppo Reno7 SE

Reno 7 SE pula menggunakan skrin bersaiz 6.43-inci AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz. Cip MediaTek Dimensity 900 digunakan bagi model SE ini dengan 2 variasi – 8GB RAM + 128/256GB storan. Bateri sebesar 4500mAh ini pula dipadankan dengan pengecasan pantas 33W.

Reno7 SE juga mempunyai konfigurasi 3 kamera namun kekurangan lensa ultra-lebar. Kameranya mempunyai 48MP f/1.7 (lebar), 2MP f/2.4 (makro) dan 2MP f/2.4 (kedalaman). Kamera swafotonya pula hanya 16MP.

Harga Siri Reno7

Berikut merupakan harga siri Reno7 yang ditukarkan terus dari CNY (matawang China)

Reno7 Pro

  • 8GB + 256GB – CNY 3,999 (~RM2,654)
  • 12GB + 256GB – CNY 2,399 (~RM1,560)

Reno7

  • 8GB + 128GB – CNY 2,699 (~RM1,791)
  • 8GB + 256GB – CNY 2,999 (~RM1,990)
  • 12GB + 256GB — CNY 3,299 (~RM1,526)

Reno7 SE

  • 8GB + 128GB – CNY 2,199 (~RM1,460)
  • 8GB + 256GB – CNY 2,399 (~RM1,592)
Reaksi anda terhadap artikel ini?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan