Pengasas OnePlus, Pete Lau melalui Weibo melaporkan bahawa peranti mercu mereka, OnePlus 10 Pro bakal dilancarkan pada Januari tahun depan. OnePlus 10 Pro dijangka menggunakan Snapdragon 8 Gen1 yang terkini.
Menurut ura-ura yang berlegar di laman web, OnePlus 10 Pro menggunakan skrin 6.7-inci LPTO AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Selain dari skrin, rekaan bonggol kamera utama juga dilihat berubah secara drastik dengan kamera 32MP ditambah baik dan rekaan kamera tebuk pada skrin hadapan.
OnePlus 10 Pro juga dijangka hadir dengan kapasiti bateri sebesar 5000 mAh dengan pengecasan pantas 80W untuk berwayar dan 50W untuk nirwayar. OnePlus 10 Pro bakal dilancarkan dahulu di China namun masih tidak diketahui tarikh sebenar bagi pelancaran global.