4 Dash Cam 70mai Terbaik Dan Berbaloi Untuk Dimiliki

Penggunaan kamera papan pemuka (dash cam) amat digalakkan bagi mereka yang mempunyai kenderaan. Kenapa dash cam ini penting? Jika ada berlaku kemalangan atau insiden penting, dash cam inilah yang akan menjadi bahan bukti terhadap peristiwa yang berlaku. Jika dahulu ramai yang tidak memiliki dash cam kerana harganya yang mahal, sekarang banyak jenama menghasilkan dash cam yang murah dengan kualitinya boleh dipercayai.

Buat sahaja carian di Shopee dan Lazada, banyak jenis dash cam yang muncul dengan reka bentuk, kualiti dan harga yang pelbagai. Kadangkala kita pun boleh terkeliru untuk pilih dash cam kerana terlalu banyak pilihan. Oleh itu, ada beberapa kriteria dash cam yang anda perlu teliti sebelum membelinya:

  • Elakkan beli dash cam yang terlalu murah (sekurang-kurangnya RM100 dan ke atas) kerana dikhuatiri mudah rosak dan kualitinya teruk.
  • Cari jenama terkenal seperti 70mai, DDPAI, Garmin dan lain-lain.
  • Kemampuan untuk merakam video beresolusi 1080p dan ke atas.
  • Boleh buat sambungan ke aplikasi dalam telefon pintar untuk pemindahan gambar dan video.
  • Mempunyai fitur asas seperti Loop Recording, Auto Start Recording, Impact Detection dan lain-lain.
  • Jika ada bajet lebih, ambil dash cam yang menggunakan kapasitor berbanding bateri agar jangka hayat lebih lama.
Antara produk 70mai yang digunakan oleh kami – 1S, A500S dan Smart Dash Cam Pro

Dash cam yang disenaraikan ini mengikut penarafan harga dari rendah ke tinggi. Semakin tinggi harganya, semakin banyak fitur yang ditawarkan dan kualiti gambar/video lebih jelas dan cantik.

1. 70mai M300 1296P

M300 merupakan versi kemas kini daripada model 70mai 1S dengan beberapa spesfikasi yang dinaik taraf. Resolusi ditingkatkan kepada 1296P untuk gambar dan video yang lebih jelas. Fitur tambahan lain adalah seperti Pengurangan Hingar 3D, Pengawasan Parkir dan Rakaman Berterusan. Terdapat 3 pilihan warna bagi model ini.

M300 hadir dalam tiga warna – hitam, biru cair dan rose gold

Harga : RM149

Pautan beli 70mai M300 : [Shopee] dan [Lazada]

2. 70mai A400 1440P

Apa yang kurang pada model M300 itulah yang ditambah pada A400 ini. Ya, paparan skrin untuk lihat ulang tayang video dan tetapan. Menggunakan sensor GC4653, A400 mampu merakam video dengan resolusi 2K dan mempunyai mod rakaman malam. Menariknya, sudut rakamannya lebih luas dari A800s iaitu 145 darjah. Boleh menyokong rakaman dua siaran, harganya lebih murah sedikit berbanding A500s.

A400 juga turut hadir dengan 3 warna pilihan – hitam, merah dan emas

Harga : RM209 (kamera depan sahaja)

Pautan beli 70mai A400 : [Shopee] dan [Lazada]

3. 70mai Pro Plus+ A500S 1944P*

Jika anda inginkan dash cam yang mampu merakam pada bahagian depan dan belakang, inilah pilihannya. Dengan pelbagai fitur menarik seperti GPS terbina, ADAS, rakaman indisiden automatik, rakaman dua siaran dan lain-lain pasti membuatkan anda lebih yakin dalam memandu selepas ini. Kualiti gambar dan rakaman lebih jelas dari model M300 pada waktu pagi dan malam. Bezanya dengan model A400 adalah terletak pada beberapa fitur keselamatan yang lain.

A500s hadir dengan paparan skrin bagi memudahkan akses ke tetapan dan gambar/video

Harga : RM349 (beserta kamera belakang)

Pautan beli 70mai A500s : [Shopee] dan [Lazada]

4. 70mai A800s 4K

Merupakan model yang paling mahal dalam senarai ini. Ini kerana resolusi kamera ini mampu merakam sehingga 4K. Ia juga padat dengan ciri-ciri keselamatan seperti yang ada pada model A500s. Dengan hardwire kit, kamera ini mampu merakam 24/7 walaupun enjin dimatikan. Namun begitu, kad MicroSD perlu menyokong kelas UHS 1 dan ke atas (berbeza dengan model yang lain).

A800s mampu membuat rakaman video pada resolusi 4K ultra HD

Harga : RM519 (beserta kamera belakang)

Pautan beli 70mai A800s : [Shopee] dan [Lazada]

Perbezaan antara dash cam 70mai. [Gambar: 70mai.com]

Jenama Lain Yang Boleh Diberi Perhatian

  1. DDPAI Mini 1080P

Dash cam termurah bawah RM150. Spesifikasi asas yang ditawarkan seperti rakaman beresolusi 1080P, sudut rakaman 140 darjah, G sensor, super capacitor, rakaman berterusan dan banyak lagi. Amat disarankan bagi yang mempunyai bajet ketat. Kualiti dan imej gambar lebih kurang seperti 70mai 1s iaitu pada tahap memuaskan.

Harga : RM139 (kamera sahaja)

Pautan beli DDPAI Mini : [Shopee] dan [Lazada]

  1. DDPAI Z40 1944P

Bagi yang memerlukan pakej kamera belakang, paparan skrin dengan ciri-ciri tambahan keselamatan seperti 24 jam pelindung parkir, ADAS, Sense Reality 2.0 (fungsi macam IronMan) dan banyak lagi, DDPAI Z40 memang sesuai untuk anda. Kualiti imej dan videonya juga lebih tajam dan cantik daripada DDPAI Mini.

Harga : RM339 (beserta kamera belakang)

Pautan beli DDPAI Z40 : [Shopee] dan [Lazada]

Soalan Lazim Mengenai Dash Cam

  • Macam mana nak pasang dash cam ni?

Jawapan: Ada dua cara; Boleh pasang sendiri (tonton tatacara di Youtube) atau hantar ke kedai aksesori kereta untuk pemasangan dengan upah.

  • Dash cam ni boleh ke rakam 24 jam walaupun enjin kereta dimatikan?

Jawapan: Boleh jika dash cam tersebut mempunyai fitur ini. Namun, fitur ini memerlukan tambahan hardwire kit yang perlu dibeli berasingan dan pasang di kedai. Tanya penjual jika anda tidak pasti.

  • Tak rosak ke dash cam yang pakai bateri ni kalau parkir di tempat yang panas?

Jawapan: Musuh utama bagi mana-mana bateri jenis lithium-ion adalah panas. Jika boleh, parkir di tempat yang teduh dan tidak terlalu panas. Jika dash cam terdedah dengan panas melampau, ia boleh menyebabkan bateri mudah rosak dan pendekkan jangka hayat. Alternatif, cari dash cam yang menggunakan kapasitor.

  • Adakah dash cam ini guna direct power atau bateri sahaja?

Jawapan: Guna direct power dari soket penyala rokok (aksesori biasanya disediakan dalam kotak).

  • Jika saya pasang dash cam, adakah bateri kereta saya akan cepat habis?

Jawapan: Tidak jika anda menggunakan dash cam tanpa pasang hard wire. Jika dash cam anda ada pasang hard wire, ia akan rakam hanya apabila berlaku pelanggaran atau gegaran yang boleh dikesan melalui sensor dash cam tersebut. Pastikan guna aksesori tulen yang diberi dalam kotak.

  • Tak rosak ke cermin bila dash cam dilekatkan begitu?

Jawapan: Tidak, pelekat elektrostatik disediakan. Letak dahulu pelekat ini barulah lekatkan dash cam ke atasnya.

  • Jenis kad MicroSD mana yang paling sesuai dan tahan lama untuk dash cam ni ya?

Jawapan: Cari MicroSD yang berlabel ‘High Endurance‘ seperti jenama Kioxia, San Disk dan lain-lain (klik pada jenama untuk beli). Kebiasaanya, kad microSD ini digunakan untuk rakaman yang berterusan seperti CCTV dan dash cam. Pastikan anda semak ulasan sebelum membelinya supaya tak ditipu.

  • Banyaknya pilihan, mana satu yang perlu saya beli ni? Ada rekomendasi tak?

Jawapan: Segalanya bergantung kepada bajet anda sendiri, jika anda mampu beli yang mahal, silakan. Apa yang penting, kereta anda mesti dilengkapi dengan dash cam sebagai langkah keselamatan.

Penafian: Tech Lagi tidak ditaja oleh mana-mana jenama terutamanya 70mai. Segala rekomendasi yang dilontarkan dalam artikel ini berdasarkan pandangan dan pengalaman penggunaan dari pihak kami sendiri. Dengan menekan pautan (Affiliate Link) yang disediakan dalam artikel ini, anda secara tidak langsung membantu Tech Lagi untuk terus menulis tips yang berguna. Jangan risau, anda langsung tidak dikenakan cas tambahan.

Reaksi anda terhadap artikel ini?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Sumber :Twitter

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan