Pengguna Yoodo Kini Boleh Menikmati VoLTE

Setelah sekian lama menunggu dan akhirnya syarikat telekomunikasi Yoodo telah melancarkan VoLTE dan menambahkan lagi sokongan kepada peranti yang lain. Bagi yang belum tahu, VoLTE ini merupakan singkatan bagi Voice over Long-Term Evolution.

Beberapa kelebihan fitur ini adalah kualiti panggilan dapat dipertingkatkan (berdefinisi tinggi), sambungan panggilan yang lebih laju, pertukaran panggilan suara dan video yang lebih lancar dan penggunaan data bersama panggilan yang tiada gangguan (boleh buat panggilan sambil menggunakan data internet).

Pengguna Yoodo yang layak akan menerima notifikasi dalam aplikasi Yoodo. Yoodo juga telah mengeluarkan senarai peranti yang mendapat sokongan VoLTE ini. Tiada caj tambahan dikenakan bagi menggunakan fitur ini.

Jika peranti anda yang layak tidak diaktifkan VoLTE, pastikan anda telah mengemaskini peranti ke sistem operasi yang terkini. Jika masih tak aktif, anda boleh mengaktifkannya secara manual.

Jika anda bukan pengguna Yoodo dan berminat untuk mendaftar, gunakan Referral Code ini lopem9306.

Reaksi anda terhadap artikel ini?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Sumber :Yoodo

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan