YES Tawarkan Kad Sim 5G Secara Percuma Sehingga 14 Febuari

Syarikat Telekomunikasi YTL menerusi YES merupakan antara yang terawal menawarkan rangkaian 5G di Malaysia namun terhad di kawasan yang terpilih seperti Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Putrajaya.

Dalam pada itu, YES menawarkan kad sim 5G sebanyak 2 juta kepada rakyat Malaysia secara percuma sehingga 15 Febuari ini. Untuk menikmati kelajuan 5G ini, anda perlu menggunakan peranti yang menyokong kad sim YES dan mempunyai 5G. Anda boleh semak di sini.

Apa yang istimewa mengenai teknologi 5G ini? 5G ini dikatakan mampu memberikan anda kelajuan data yang tinggi dengan kependaman yang rendah. Ini membolehkan anda menstrim video berdefinisi tinggi dengan lebih lancar dan laju.

Cara untuk dapatkan kad sim 5G percuma? Mudah sahaja! Ikuti langkah ini:

  • Klik pada laman web YES FT5G di sini.
  • Isikan maklumat anda mengenai peribadi, peranti dan penghantaran.
  • Sahkan maklumat anda. Kemudian tunggu untuk penghantaran.
  • Selepas kad sim sampai, aktifkan dengan verifikasi eKYC yang dinyatakan.

Itu sahaja yang anda perlu buat untuk dapatkan kad sim percuma dari YES ini. Selamat mencuba!

Reaksi anda terhadap artikel ini?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Sumber :YES

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan