Twitter Blue Lancarkan Fitur NFT Sebagai Gambar Profil Di iOS

Twitter sebelum ini pernah membuat pengumuman untuk melancarkan fitur NFT sebagai gambar profil. Secara ringkasnya, fitur ini membenarkan pengguna untuk memuat naik NFT yang dimiliki dengan menghubungkan terus ke dompet kripto anda.

Twitter akhirnya telah memperkenalkan fitur ini namun terhad bagi pelanggan Twitter Blue menggunakan iOS sahaja. Antara kelebihan fitur ini adalah gambar profil NFT yang dipilih akan dipaparkan dalam bentuk heksagon. Selain itu, pengguna juga boleh menghubungkan dompet kripto mereka untuk memilih NFT yang dimiliki namun akan diperkenalkan kelak.

Setakat ini, dompet kripto yang menyokong NFT Profile Pictures ini adalah Argent, Coinbase Wallet, Ledger Live, MetaMask, Rainbow dan Trust Wallet.

Reaksi anda terhadap artikel ini?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Sumber :Twitter Blue

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan