Samsung S22 Ultra Dilancarkan – Apa Yang Menarik?

Febuari merupakan bulan yang dinantikan bagi peminat Samsung kerana pelancaran Siri Galaxy S. Antara siri Galaxy S yang paling dinantikan ramai semestinya Samsung Galaxy S22 Ultra. Jom kita lihat apa ciri yang menarik pada S22 Ultra pada kali ini.

1. Reka Bentuk Baharu

Tidak seperti generasi sebelumnya, S22 Ultra kini menggunakan reka bentuk yang berlainan dari S22 dan S22+. Bagi penggemar siri Galaxy Samsung, anda pasti kenal dengan rekaan baru S22 Ultra ini. Ya, ia sememangnya di ambil dari Siri Galaxy Note yang telah terkubur pada tahun 2020 yang lalu.

S22 Ultra mempunyai rekaan permukaan atas dan bawah yang rata serta skrin melengkung. Bahagian kamera belakangnya pula menggunakan rekaan yang lebih ringkas tanpa bonggol di sisi bagaikan 5 biji boba yang hinggap di atas panel belakang.

2. Cip Pemprosesan Yang Tidak Mengecewakan Lagi

Selalunya bila bercakap mengenai spesifikasi pada Siri Galaxy ini, pasti soalan pertamanya berkenaan cip pemprosesan. Mana tidaknya, Samsung kebiasaanya akan menjual Siri Galaxy S yang hadir dengan cip pemprosesan Exynos di pasaran Malaysia berbanding Snapdragon untuk pasaran luar.

Kini anda tidak perlu kecewa lagi kerana Samsung telah bawakan Cip Snapdragon 8 Gen 1 yang terbaharu dengan binaan 4nm untuk Galaxy S22 Ultra ini. Cip ini mampu memberikan prestasi yang mencukupi untuk peranti yang dahagakan kelajuan. Lepas ini, bertambah kuranglah rintihan peminat Samsung terhadap penggunaan cip pemprosesan.

3. Siri Note Terkubur Namun Legasi S-Pen Diteruskan

Apa yang membezakan antara Siri Note dan S Ultra adalah terletak pada S-Pen. Kini, S22 Ultra didatangkan dengan S-Pen serta slot untuk menyimpannya yang sama seperti model Galaxy Note. S-Pen yang baru ini juga telah ditambah baik dengan kependaman yang dikurangkan. Ini bermakna ia mampu memberikan pengalaman menulis yang lebih tepat.

4. Paparan Skrin Yang Lebih Padu

Nama Ultra itu sendiri membawa maksud paling hebat. Disebabkan itu, S22 Ultra ini hadir dengan skrin melengkung bersaiz 6.8-inci QHD+ dengan teknologi LTPO yang mampu melaras kadar segar semula secara optimum untuk penjimatan bateri (maksimum 120Hz).

Dengan paparan Dynamic AMOLED 2X ini, kecerahan skrin peranti ini boleh mencecah sehingga 1750nit (maksimum) sambil mensajikan warna yang lebih tepat dan cantik.

5. Kamera Lebih Berkuasa

Samsung memang tidak memberi peluang kepada pengeluar yang lain kerana S22 Ultra ini hadir dengan 4 kamera belakang dengan konfigurasi – 12MP (ultra-lebar), 108MP (lebar), 10MP (telefoto) untuk 3x zum dan 10MP (telefoto) untuk 10x zum ke Marikh.

Antara kelebihan kamera yang ditekankan oleh Samsung adalah Nightography di mana S22 Ultra yang hadir dengan sensor baru lebih besar ini mampu merakam gambar potrait dan video pada waktu malam dengan kualiti yang amat baik.

6. Kemaskini OS dan Sekuriti Selama 4 dan 5 Tahun

Pengumuman oleh Samsung untuk memberi pelanjutan kemaskini pada Siri Galaxy ini amat mengujakan dan menggembirakan pengguna Samsung terutamanya. Mana tidaknya, dengan pelanjutan kemaskini Sistem Operasi dan Sekuriti ini sebenarnya menguntungkan pengguna kerana boleh digunakan peranti untuk tempoh lebih lama tanpa perlu menukarnya setiap tahun.

Peranti yang layak menerima kelebihan ini adalah seperti berikut:

  • Siri Galaxy S: Galaxy S21, S21+, S21 Ultra, S21 FE, S22, S22+, S22 Ultra dan terkini.
  • Siri Galaxy Z: Galaxy Z Fold 3, Z Flip 3 dan terkini
  • Siri Galaxy A: Siri A yang akan datang (terpilih)
  • Galaxy Tablet: Galaxy TabS8S8+, S8 Ultra dan terkini
  • Galaxy Watch: Galaxy Watch4, Watch 4 Classic dan terkini

7. Harga dan Warna Rasmi Untuk S22 Ultra

Jika dibandingkan dengan model sebelumnya, terdapat sedikit peningkatan harga untuk varian 256GB storan dan 12GB RAM. Berikut merupakan harga rasmi bagi Samsung Galaxy S22 Ultra:

  • 128GB | 8GB – RM5099
  • 256GB | 12GB – RM5499
  • 512GB | 12GB – RM5899

Bagi warna pula, Samsung menawarkan 4 pilihan warna asas dengan penambahan beberapa warna lain yang eksklusif untuk pembelian dalam talian sahaja.

Spesifikasi penuh Samsung Galaxy S22 Ultra dalam infrografik:

Reaksi anda terhadap artikel ini?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan