Samsung Galaxy S22 dan S22+: Rekaan Ikonik Dengan Beberapa Penambahbaikan

Samsung telah melancarkan siri Galaxy S yang terdiri daripada S22, S22+ dan S22 Ultra. Secara ringkasnya, S22 dan S22+ masih menggunakan rekaan ikonik yang sama seperti model sebelumnya manakala S22 Ultra pula menerima perubahan rekaan yang lebih drastik.

Samsung Galaxy S22 dan S22+ menggunakan paparan rata Dynamic AMOLED 2X dengan Vision Booster yang mampu memberi kecerahan skrin sehingga 1750 nit. S22 mempunyai skrin bersaiz 6.1-inci FHD+ manakala S22+ pula menggunakan skrin bersaiz 6.6-inci. Kedua-duanya mempunyai kadar segar semula 120Hz dan 240Hz bagi kadar bacaan sentuhan dalam mod permainan.

Bercakap mengenai prestasi pula, S22 dan S22+ ini menggunakan Cip Snapdragon 8 Gen 1 (4nm) menggantikan Cip Exynos 2200 untuk pasaran Malaysia. Untuk memori, kedua-duanya mempunyai 8GB RAM dengan 256GB atau 128GB storan. Sistem operasinya pula merupakan Android 12 dengan One UI 4.1 dan menerima kemaskini sistem operasi sehingga 4 tahun.

Antara ciri kamera yang menarik pada S22 dan S22+ adalah Nightography dan Night Potrait. Siri Galaxy S22 ini dikatakan mampu mengambil gambar dan video pada waktu malam dengan lebih cerah tanpa mengorbankan kualiti imej yang dihasilkan. Ini dapat dicapai dengan penggunaan sensor kamera yang bersaiz 25% lebih besar berbanding model sebelumnya. Konfigurasi kameranya pula 50MP (lebar), 12MP (ultra-lebar), dan 10MP tele (3x zum) beserta 10MP kamera hadapan. Kamera belakang ini turut dilengkapi dengan OIS.

Akhir sekali, Siri Galaxy S22 dibekalkan dengan bateri berkapasiti 3700mAh dan 4500mAh untuk S22 dan S22+. Untuk pengecasan pula, kedua-duanya menyokong pengecasan berwayar 25W namun S22+ menyokong sehingga 45W. Tambahan lagi, pengecasan nirwayar hanya menyokong sehingga 15W dengan ciri Wireless PowerShare.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Samsung Galaxy S22 dan S22+, pra-tempah boleh dibuat melalui Shopee, Lazada dan Samsung Malaysia. Harga S22 bermula dari RM3499 (128GB + 8GB) dan RM3699 (256GB + 8GB) manakala S22+ pula bermula dari RM4099 (128GB + 8GB) dan RM4299 (256GB+8GB),

Reaksi anda terhadap artikel ini?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan