Siri Redmi Note 11 Kini Rasmi Di Malaysia – Harganya Menarik Habis!

Siri Redmi Note ini telah menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia kerana penawaran harganya yang murah disertakan dengan spesifikasi yang berpatutan. Tahun 2022 ini, Xiaomi Malaysia telah melancarkan Siri Redmi Note 11 yang terdiri daripada Redmi Note 11, Note 11S, Note 11 Pro dan Note 11 Pro 5G.

Sekarang jom kita lihat perbezaan spesifikasi bagi ketiga varian ini.

Seperti yang anda dapat lihat di atas, Note 11 dan Note 11 Pro 5G masing-masing menggunakan cip Snapdragon 680 dan Snapdragon 695 5G. Manakala Note 11S dan Note 11 Pro pula menggunakan Mediatek Helio 695. RAM pula bermula dari 4GB bagi Note 11 dan tertinggi 8GB bagi versi 11S, 11 Pro dan 11 Pro 5G. Storan pula bermula dari 64gb sehingga 128GB bagi semua varian.

Keempat-empat varian menggunakan skrin AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula yang berbeza di mana versi Pro menerima sehingga 120Hz. Konfigurasi kamera belakangnya pula berbeza bagi versi Note 11 yang hanya menggunakan 50MP, manakala versi 11S dan 11 Pro menggunakan 108MP (utama) diikuti dengan 8MP (ultra-lebar), 2MP (kedalaman) dan 2MP (makro). Note 11 Pro 5G pula hanya ada ada 3 kamera dengan kekurangan lensa kedalaman.

Kesemua varian dilihat menggunakan bateri sebesar 5000mAh dengan pengecasan 33W bagi 11 dan 11S serta 67W bagi 11 Pro dan 11 Pro 5G. Seperti biasa, semua varian juga mempunyai ciri pemancar inframerah (IR Blaster) untuk dijadikan sebagai alat kawalan jauh.

Saat yang paling dinantikan! Ini dia harga rasmi siri Redmi Note 11:

Redmi Note 11 Pro 5G

  • 6GB + 128GB : RM1199
  • 8GB + 128GB : RM1299

Redmi Note 11 Pro

  • 6GB + 128GB : RM999
  • 8GB + 128GB : Rm1099

Redmi Note 11S

  • 6GB + 64GB : RM899
  • 8GB + 128GB : RM999

Redmi Note 11

4GB + 128GB : RM749

6GB + 128GB : RM799

Reaksi anda terhadap artikel ini?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan