10 Fakta Menarik Tentang Penjelajah Marikh, Opportunity

Pada 13 Febuari yang lalu, kita telah kehilangan sebuah penjelajah berani bernama Opportunity, sebuah robot penjelajah yang ditugaskan untuk menjelajah planet Marikh. Dalam percubaan untuk mengejutkan Opportunity, NASA telah menghantar senarai lagu bagi mengejutkannya selepas terperangkap dalam ribut. Baca artikel ini sambil dengar playlist di bawah untuk menghayati kisah penjelajah berani ini.

Senarai lagu yang dimainkan oleh NASA untuk Oppy dari space.com

10 Fakta Menarik Tentang Robot ini:

  1. Robot ini diberi nama Opportunity, atau nama samarannya, ‘Oppy‘. Robot ini dilancarkan ke angkasa pada 7 Julai 2003 dan mendarat di Marikh pada 25 Jan 2004.
  1. Opportunity juga mempunyai sebuah abang kembar bernama Spirit, yang mendarat di Marikh tiga minggu lebih awal daripada Opportunity. Spirit terputus hubungan pada 22 Mac 2010.
  2. NASA menjangkakan Opportunity hanya dapat hidup selama 90 hari, namun penjelajah kental ini berjaya berkhidmat selama 14 tahun 46 hari.
  3. Antara gambar pertama yang dihantar oleh Opportunity kepada NASA ialah pada 26 Julai 2004. Gambar yang ditangkap menggunakan kamera hadapan itu menunjukkan bayang-bayang Opportunity yang sedang bergerak menuju Kawah Endurance.
  1. Opportunity merupakan robot penjelajah yang telah bergerak sepanjang 45.16km, jarak yang paling panjang yang pernah dilalui oleh mana-mana robot penjelajah di Marikh atau Bulan.
Gambar: MARS.NASA.GOV
  1. Antara pencapaian terbaik Opportunity sepanjang hayatnya ialah ia menemukan bahan yang berupa seperti cecair di Kawah Endeavour yang menandakan kehidupan mungkin boleh hidup di Marikh.
  1. Opportunity hidup menggunakan tenaga solar. Robot ini mampu untuk berhibernasi semasa ribut Marikh melanda untuk menjimatkan kuasa.
  2. Opportunity telah menghadapi pelbagai kerosakan sepanjang hayatnya. Antaranya, kerosakan pada bahagian tayar, memori dan banyak lagi. Namun, robot ini masih mampu untuk terus berkhidmat.
  3. Pada tahun 2018, ribut besar yang melanda telah menyebabkan Opportunity terputus hubungan dengan Bumi. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengejutkan robot ini, termasuklah menghantar lagu. Lagu terakhir yang dihantar ialah “I’ll Be Seeing You” nyanyian Billie Holiday.
  1. Ini merupakan gambar terakhir yang dihantar oleh Opportunity pada 10 Jun, semasa robot ini tenggelam di bawah habuk pasir daripada ribut yang melanda pada tahun 2018. Mesej terakhir dari Opportunity ialah “My battery is low and it’s getting dark…”.

Terima kasih, Oppy. Berehatkan dengan tenang.

Reaksi anda terhadap artikel ini?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Sumber :space.com

Mengenai Penulis

Amirul Hakeem
Amirul Hakeem
Tertarik dengan jargon berkaitan teknologi seperti megapiksel, gigahertz & AMOLED. Meminati semua jenis teknologi daripada telefon pintar, peti sejuk pintar dan seangkatan dengannya. Merupakan kipas susah mati kumpulan K-Pop, TWICE.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan