AirPods 3 Dilancarkan Dengan Rekaan AirPods Pro Tanpa ANC

AirPods kali pertama diperkenalkan pada tahun 2016 dengan tanda harga yang premium iaitu RM849. Sejak dari itu, populariti AirPods kian meningkat sehinggakan AirPods berjaya dijual sebanyak 110 juta unit dalam tahun 2020 sahaja.

Acara Apple pada Oktober kali ini memperlihatkan rekaan baru bagi AirPods 3 ini yang membawa rekaan seperti AirPods Pro namun kekurangan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC). Dengan penggunaan Cip H1, beberapa fungsi baru diperkenalkan dari generasi sebelumnya seperti Spatial Audio, kalis peluh dan air (IPX4), 6 jam waktu mendengar, Adaptive EQ, MagSafe Charging Case dan banyak lagi.

Rangkuman spesifikasi AirPods 3

AirPods 3 dijual pada harga RM829 di laman rasmi Apple dan AAR seperti Switch, Machines dan sebagainya. Jika anda sukar membuat keputusan untuk memilih sama ada AirPods 3 atau AirPods Pro, anda boleh lihat perbandingan di laman rasmi Apple Malaysia.

Reaksi anda terhadap artikel ini?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Sumber :Apple

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan