Huawei P50 Pocket Dilancarkan – Skrin Boleh Lipat, Snapdragon 888 4G dan Tri-kamera

Ini bukan kali pertama Huawei melancarkan peranti dengan skrin boleh lipat. Sebelum ini, Huawei pernah melancarkan Mate X dan Mate X2 dengan saiz yang lebih besar. Terbaru, Huawei P50 Pocket telah dilancarkan dan ia ini bakal memberi persaingan kepada Samsung Galaxy Flip 3.

Jika dilihat dari rekaan kamera P50 Pocket ini sebenarnya menyamai P50 Pro. P50 Pocket mempunyai paparan kedua yang unik kerana berbentuk bulat yang digunakan apabila peranti ini dilipat.

Peranti ini hadir dengan skrin utama bersaiz 6.9-inci, dengan paparan OLED beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 120 Hz. Manakala skrin kedua pula menggunakan paparan OLED yang bersaiz 1.04-inci.

Bercakap mengenai prestasi pula, P50 Pocket dijana dengan Snapdragon 888 4G bersama Adreno 660. Ia menggunakan 8GB RAM dan 256GB storan. Peranti ini dijalankan dengan sistem operasi EMUI 12.

Tri-kamera yang hadir pada P50 Pocket ini mempunyai 40 MP True-Chroma, 13MP ultra lebar dan 32 MP ultra spectrum. Kamera swafoto pula mempunyai 10.7 MP dengan kemampuan merakam dengan resolusi 4K.

Peranti boleh lipat ini dikuasakan dengan bateri sebesar 4000 mAh dan menyokong pengecasan Huawei SuperCharge sehingga 40W. Turut dilancarkan versi premium yang hadir dengan kemasan bewarna emas. Harga bagi peranti ini bermula dari RMB 8988 (~RM 5924) dan RMB 10988 (~RM 7243) untuk versi premium dengan varian 12+512GB.

Reaksi anda terhadap artikel ini?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Sumber :Huawei

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan