Infinix Lancar GT 10 Pro – Peranti Gaming Dengan Harga Marhaen

Infinix Malaysia hari ini telah melancarkan siri peranti gaming mereka, GT 10 Pro. Peranti memfokuskan kepada mobile gaming dengan rekaan berkonsepkan futuristik.

Infinix GT 10 Pro hadir dengan skrin 6.67-inci FHD+ AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Ia dikuasakan dengan cip Mediatek Dimensity 8050 berkeupayaan 5G dan dipadankan 8GB RAM bersama 256GB storan.

Kameranya pula menggunakan konfigurasi tri-kamera; 108MP (utama), 2MP (makro) dan 2MP (kedalaman). Manakala kamera swafotonya pula mempunyai kamera 32MP. Kamera utamanya berkemampuan untuk merakam sehingga resolusi 4K/30fps.

Beralih kepada bateri, ia menggunakan bateri berkapasiti 5000mAh bersama pengecas 45W. Menggunakan platform Android 13, Infinix menegaskan sistem operasi mereka, XOS, bebas dari bloatware, ringkas serta bebas dari iklan.

Antara ciri menarik pada peranti gaming ini adalah; bicu audio 3mm, sistem penyejukan cecair, kualiti audio stereo dengan sokongan Hi-Res, Bypass Charge di mana kuasa disalurkan terus ke motherboard ketika mengecas, 4D-gegaran serta pengimbas cap jari bawah skrin.

Infinix GT Pro dijual pada tanda harga RM999 hanya di Shopee. Pada majlis pelancaran tersebut, Infinix juga menjalinkan kerjasama dengan pasukan e-sukan Homebois yang juga menjadi penaja kepada pasukan tersebut.

Adakah Infinix GT 10 Pro ini berbaloi dengan spesifikasi yang ditawarkan? Jika anda berminat boleh beli di sini.

Reaksi anda terhadap artikel ini?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Sumber :Sumber

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Tinggalkan Komen

Tulis komen anda di sini
Tulis nama anda di sini

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan