Iphone 14 Mungkin Hadir Tanpa Takuk Dengan Kamera Hadapan Berbentuk Pil

Gambar oleh: @angelolibero_design

Sudah hampir 4 tahun Apple mengekalkan rekaan takuk pada siri iPhone yang dilancarkan tiap tahun. Jika dilihat pada peranti Android, mereka telah lama menggunakan rekaan tebuk atau berbentuk pil pada kamera hadapan. Sebab apa Apple masih kekalkan takuk? Jawapan ringkasnya, Face ID. Ini kerana, Face ID mempunyai beberapa komponen kamera lain yang memakan ruangan yang besar.

Terkini, penganalisa Apple, @dylandkt mengatakan bahawa Apple bakal meletakkan perkakasan Face ID di bawah skrin. Ini menjadikan kamera hadapan dapat menggunakan bentuk pil menggantikan rekaan takuk yang purba.

Ura-ura ini juga pernah dinyatakan oleh penganalisa Apple yang lain seperti Ming-Chi Kuo dan Mark Gurman yang mengatakan Apple bakal membuang takuk dan menggunakan rekaan tebuk pada kamera hadapan.

Sejauh manakah kebenaran ura-ura ini? Sama-sama kita nantikan.

Sumber: @dylandkt, Mac Rumors, Bloomberg

Gambar: @angelolibero_designs

Reaksi anda terhadap artikel ini?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan