Jika anda merupakan mangsa banjir dan menggunakan produk Samsung, jangan buang dulu. Ini kerana Samsung Malaysia Electronics hari ini mengumumkan bantuan kepada mangsa yang terkesan akibat banjir dengan servis pembersihan sekali beri dan pemeriksaan dengan kos buruh percuma khusus buat produk Samsung yang rosak akibat banjir.
Melalui program ‘Flood Relief’ ini, pelanggan yang terkesan boleh menghubungi di
Talian 1800-88-9999 ATAU
Chat secara langsung di Samsung Members ATAU
Layari Samsung.com/my
untuk membuat tempahan atau bertanya lebih lanjut mengenai program ini. Program ini bermula pada hari ini sehingga 31 Januari 2022.
Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat, klik di sini atau hubungi Samsung Malaysia pada talian di atas.
Terima kasih Samsung Malaysia!