Vivo Lancarkan Siri Y78 5G – Skrin 120Hz OLED, 64MP OIS & 5000 mAh

Vivo Malaysia hari ini telah melancarkan siri Y78 5G yang hadir dengan spesifikasi menarik dengan tanda harga bermula dari RM1,399.

Ia hadir dengan skrin 6.78″ dengan paparan AMOLED dan kadar segar semula 120Hz. Dikuasakan dengan cipset Snapdragon 695, ia dilengkapi dengan 8GB RAM serta 256GB storan.

Bercakap mengenai kamera pula, vivo Y78 menggunakan konfigurasi tri-kamera; 64MP (utama dengan OIS), 2MP (makro) dan 2MP (kedalaman). Kamera hadapannya pula menggunakan 16MP.

Vivo Y78 menggunakan pengecasan 44W dan dikuasakan dengan bateri berkapasiti besar, 5000 mAh.

Antara ciri lain yang ada pada peranti ini adalah seperti ketahanan IP54 (rintang air), speaker moni dan bicu audio.

Vivo Y78 5G boleh didapati di pengedar sah vivo dan kedai dalam talian seperti kedai rasmi vivo, Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.

Reaksi anda terhadap artikel ini?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Tinggalkan Komen

Tulis komen anda di sini
Tulis nama anda di sini

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan