Cara Ubah Bunyi Notifikasi Windows 10

Windows 10 menawarkan pelbagai pilihan penyesuaian daripada semudah menukar wallpaper hinggalah perubahan kompleks melalui Command Prompt. Hari ni, kami nak ajar anda cara untuk tukar bunyi notifikasi Device Connect/Device Disconnect di Windows 10. Kami juga sediakan panduan bergambar untuk memudahkan anda. Jom mulakan tutorial ini!

1. Right click pada ikon volume di Taskbar. Kemudian pilih ‘Open Volume Mixer’.

2. Klik pada ikon ‘System Sounds’.

3. Satu tetingkap akan keluar. Melalui tetingkap ini, anda boleh tukar pelbagai bunyi dalam sistem Windows 10. Untuk tujuan kali ini, pilih ‘Device Connect’ dan ‘Device disconnect’.

4. Akhir sekali, klik pada butang ‘Browse’ dan pliih audio yang anda inginkan. Pastikan audio anda dalam format .WAV. Untuk tukar audio ke format .WAV, boleh tukar di sini.

Itu sahaja langkah yang perlu dilakukan untuk menukar bunyi notifikasi Device Connect dan Device Disconnect pada Windows 10. Selamat mencuba!

Reaksi anda terhadap artikel ini?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Mengenai Penulis

Amirul Hakeem
Amirul Hakeem
Tertarik dengan jargon berkaitan teknologi seperti megapiksel, gigahertz & AMOLED. Meminati semua jenis teknologi daripada telefon pintar, peti sejuk pintar dan seangkatan dengannya. Merupakan kipas susah mati kumpulan K-Pop, TWICE.

Tinggalkan Komen

Tulis komen anda di sini
Tulis nama anda di sini

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan