Ulasan Aopen 27HC5RP – Monitor Gaming Murah dan Padu

Bila sebut mengenai gaming monitor, semestinya ia hadir dengan spesifikasi yang padu pada harga yang lebih mahal berbanding monitor biasa. Namun, berbeza pula dengan gaming monitor dari jenama AOpen ini. AOpen merupakan sub jenama di bawah syarikat Acer yang terkenal dengan pembuatan laptop, monitor dan lain-lain. Ulasan kali ini akan membincangkan reka bentuk dan kualiti, saiz dan resolusi skrin, kadar segar semula, jenis panel, port dan harga bagi AOpen 27HC5RP.

Reka bentuk (Port, Binaan, Fungsi & Pelarasan)

Jika dilihat dari rupa luaran monitor ini, tidaklah kelihatan seperti monitor gaming. Berbeza dengan monitor Acer Predator dan Nitro yang sudah gunakan rekaan yang garang dengan lampu RGB. Jadinya, monitor ini menggunakan rekaan seperti monitor biasa sahaja. Kepada pengguna yang tak gemar dengan rekaan gaming, monitor ini amat sesuai untuk anda. 

Bingkai monitor ini nipis dan skrinnya mempunyai lapisan matte untuk mengurangkan pantuan cahaya semasa penggunaan. Monitor ini juga mempunyai empat port; dua port HDMI, satu port display dan satu audio jack. 

Untuk akses ke “On Screen Display” (OSD), terdapat 5 butang di bahagian bawah monitor ini untuk tukar ke tetapan seperti FreeSync, brightness dan blue light filter. Selain itu, monitor ini pun boleh tukar ke pelbagai mod seperti Gaming, Standard, Eco, Movie, Graphic dan lain-lain.

Bagi pelarasan monitor pula, tak banyak gerakan yang boleh dibuat. Monitor ini mampu gerak dari sudut atas dan bawah sahaja, tiada pelarasan ketinggian dan sisi. Monitor ini pun sedikit goyang apabila meja digegarkan atau dihentak.

Skrin (Saiz, Panel & Kadar Segar Semula)

AOpen 27HC5RP menggunakan saiz skrin 27-inci dengan panel melengkung. Panel VA yang digunakan ini berkualiti kerana gabungan antara spesifikasi yang hebat seperti viewing angle yang luas, kualiti warna yang baik serta kos yang rendah berbanding IPS.

Monitor ini mampu memancarkan dengan kadar segar semula sehingga 165Hz namun memerlukan sambungan ke display port kerana sambungan HDMI hanya menyokong sehingga 144Hz sahaja.

Pengalaman Penggunaan (Grafik, Gaming, Resolusi & Viewing Angle)

Daripada pengalaman menggunakan panel VA ini, kualiti keseluruhan boleh dikatakan sangat cemerlang. Warna yang dihasilkan terang dengan sRGB 99% di mana sesuai untuk pengguna yang melakukan grafik digital serta sunting video. Tetapi untuk golongan profesional seperti editor yang memerlukan ketepatan warna untuk mencetak, mungkin anda perlu mencari monitor yang lain kerana tahap adobeRGB monitor ini hanya 77% sahaja.

Viewing Angle juga amat baik. Tidak kira anda lihat skrin ini dari kedudukan menyerong, perubahan warna pada skrin amat minimum dan tidak mengganggu warna konten itu. Walaupun viewing angle tidak sebagus IPS, tetapi ia jauh lebih baik daripada panel TN.

Bagi prestasi gaming pula, beberapa permainan seperti Fifa dan GTA5 telah dicuba. Kadar segar semula 144Hz melalui sambungan hdmi memang meningkatkan lagi pengalaman permainan korang.  Ujian UFO telah dilakukan dan memang ada sedikit sahaja ghosting. Ini bermaksud, kalau anda bermain permainan gerak pantas seperti CSGO, anda mungkin akan nampak sedikit ghosting tapi tidaklah ketara sangat.

Harga

Monitor AOpen 27HC5RP ni berharga RM699 sahaja. Spesifikasi pada monitor ditambah pula dengan harga yang sangat berpatutan menjadikan monitor ini sangat berbaloi untuk dimiliki.

Rangkuman Spesifikasi

Saiz skrin27″ (1500R)
Jenis skrinMelengkung
Kadar segar semula165Hz (OC) 144Hz Native
Masa respon5ms (GtG)
Input×HDMI(1.4)+DP+ Audio Out
PanelVA; FREESYNC
Jaminan3 tahun
Spesifikasi AOpen 27HC5R di laman rasmi Acer

Jika anda berminat dengan monitor ini, boleh dapatkan di Shopee atau Kedai Rasmi Acer.

Reaksi anda terhadap artikel ini?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Sumber :Acer Store

Mengenai Penulis

Zafrul Aiman
Zafrul Aiman
Meminati gajet terutamanya telefon pintar sejak bayi lagi. Lebih cenderung kepada jenama buah kerana sudah terperangkap dalam ekosistemnya. Melarikan Tech Lagi sejak 2017.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan