Cara Claim Barang Elektrik Rosak Akibat Litar Pintas Dari TNB

Pernah tak rumah anda mengalami litar pintas/terlebih voltan sehinggakan barangan elektrik rosak? Jika pernah, anda sebenarnya boleh buat tuntutan semula barangan elektrik yang rosak! Dengan syarat barang elektrik tersebut rosak akibat daripada gangguan elektrik sahaja.

Dalam artikel ini saya kongsikan langkah-langkah untuk menebus semula barangan elektrik yang rosak dari pihak TNB. Jom ikuti langkah mudah ini:

1. Kenalpasti Barangan yang Rosak

Sebelum membuat aduan, kumpulkan dahulu semua barangan elektrik yang rosak akibat gangguan elektrik. Barang elektrik tersebut boleh jadi sekecil pengecas telefon sehinggalah sebesar peti sejuk.

Sejurus keadaan elektrik pulih di rumah anda, tunggu sehingga 2 hingga 3 hari jika ada barangan elektrik tambahan yang rosak.

Untuk kes saya, extention di bilik meletup selepas beberapa hari gangguan elektrik berlaku. Catatkan terus waktu kejadian.

2. Hubungi TNB Careline

Langkah seterusnya, anda perlu hubungi TNB Careline di Facebook – TNB Careline, Twitter @Tenaga_Nasional atau talian 15454.

Pihak TNB akan minta beberapa maklumat peribadi anda dan yang paling penting adalah nombor akaun TNB. No akaun tersebut itu boleh dapatkankan dalam aplikasi TNB.

3. Janji Temu Bersama Pegawai TNB

Selepas selesai beri maklumat, pihak TNB akan hubungi untuk tetapkan masa janji temu ke tempat kejadian. Pilih masa yang sesuai dengan anda.

Staf TNB kemudiannya akan datang ke tempat kejadian pada hari yang ditetapkan. Mereka akan ambil beberapa gambar barangan yang rosak untuk tujuan penilaian harga.

Jangan risau, penilaian harga akan mengikut kepada harga pasaran semasa, bukan pasaran terpakai. Jika anda tahun model barang yang rosak lebih bagus.

4. Bayaran Pampasan ke Akaun Anda

Dalam masa lebih kurang sehari, TNB akan hantar emel yang mengandungi nilai harga barangan yang rosak.

Dalam emel berasingan pula, TNB turut meminta untuk tandatangan borang Setuju Terima bersama salinan kad pengenalan dan penyata akaun bank.

Akhir sekali, TNB akan kreditkan wang pampasan ke akaun anda. Proses ini cepat je! Hanya mengambil masa satu hari selepas anda hantar dokumen.

Itu sahaja proses tuntutan! Mudah bukan? Berdasarkan pengalaman saya sendiri, boleh dikatakan pihak TNB sangat responsif dan membantu untuk selesaikan masalah anda.

Satu perkara yang perlu anda ambil perhatian, nilai barang mungkin sedikit rendah berbanding yang anda beli. Contohnya, pengecas Samsung ini dibeli pada RM97 namun TNB menilainya dengan harga RM79 sahaja.

Apa-apa pun, diharapkan artikel ini membantu anda untuk melakukan tuntutan atas barangan elektrik yang rosak dari TNB akibat dari litar pintas/terlebih voltan.

Kongsi artikel ini jika ianya membantu anda!

Ada banyak lagi tips menarik dari Tech Lagi, tengok di sini…

Reaksi anda terhadap artikel ini?
+1
3
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Mengenai Penulis

Amirul Hakeem
Amirul Hakeem
Tertarik dengan jargon berkaitan teknologi seperti megapiksel, gigahertz & AMOLED. Meminati semua jenis teknologi daripada telefon pintar, peti sejuk pintar dan seangkatan dengannya. Merupakan kipas susah mati kumpulan K-Pop, TWICE.

Tinggalkan Komen

Tulis komen anda di sini
Tulis nama anda di sini

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

Artikel Selanjutnya

Artikel Berkaitan